Your Ad Here

Felda Kampung New Zealand

Tuesday, February 9, 2010


Mercu Tanda Felda Kg. New Zealand


Jika anda berhajat untuk melancung ke New Zealand tetapi tidak mampu untuk ke sana, datanglah ke Maran. Walaupun bukan negara orang putih tu yang sebenarnya, sekurang-kurangnya ada persamaan dari segi nama..Felda Kampung New Zealand !

Orang-orang luar Pahang yang pertama kali ke Maran tentu terkejut dengan kewujudan kampung negara Kiwi ni dan mungkin tertanya-tanya kenapa dinamakan New Zealand. Terletak 12 km dari Maran jalan menghala ke Kuantan.MT belum lagi jumpa pengkisahan bertulis asal-usul kampung ini tapi mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. MT tak pasti, ada satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand. Di antara dua versi cerita lisan ini, paling banyak MT dengar adalah versi pertama. Kalau benar versi kedua, tentu ada keturunan Maori di kampung ni. Nanti MT siasat.

Felda ini sama seperti tanah-tanah rancangan lain. Suasana perkampungan "standard" seperti tanah-tanah felda lain juga. Tidak ada sebarang keistimewaan atau keunikan lain kecuali namanya sahaja. MT belum berkesempatan nak snap shot suasana kampung. Nanti dah snap, akan diuploadkan. Buat tatapan orang-orang luar Maran.

Bagi penduduk Kampung New Zealand, mereka tentu bangga untuk mengatakan asal mereka. Begitu juga dengan orang-orang Maran. Mana tidaknya..kalau orang bertanya pernah ke luar negara ? jawapan ya..New Zealand !

11 comments:

zulkbo February 11, 2010 at 12:31 AM  

lama dah tak lalu jalan lama ni..selalu ke Kuantan dari KL ikut
LPT jer..rugi rasanya tak dapat menikmati keindahan alam..

Maran Today February 11, 2010 at 8:14 PM  

Betul tu En. Zulkbo..kalu ikut LPT nampak kelapa sawit je. Baik En. Zulkbo ikut jln lama, dah banyak dah berubah. Dkt Gambang terutamanya dah ada Gambang Resort City.

Unknown March 30, 2010 at 9:47 AM  

membesar di loji air kg new zealand. time sek (skknz) kena wat sejarah siasah kg new zealand. hasil dr kajian dirumuskan asal nama adalah seperti cerita versi pertama. sbb tu ada 2biji Genset dr duta new zealand utk support elektrik dulu...

Amirul Mukminin April 2, 2010 at 3:18 PM  

hehe..lalu le jln lame.dari lalu jln hiway kne tol je.lgpun jln lame da cantik skrg ni.xmcm dlu,kcik skit.he2

Just Me May 20, 2010 at 10:56 PM  

Mai le ke Kg new Zealand. Tak pergipun, tengok Blog ini.
hhtp://beliakgnzealand.blogspot.com

Anonymous September 1, 2010 at 2:03 PM  

menurut kata orang2 tua dahulu, felda itu asalnya nama LKTP Sungai Kertam (sungai yang digunakan untuk loji pembersihan air kg. new zealand)
Ingat lagi di tahun 1979, aku baru darjah 1...Duta New Zealand datang melawat felda kg new zealand...ketika itulah kerajaan new zealand menyerahkan 2 biji generator yang menerangi felda tersebut dengan bekalan letrik 12jam sehari, jauh lebih awal dari perkampungan sekitarnya...bagaimanapun pada 1987, LLN (la ni TNB) mula menyalurkan bekalan letrik 24 jam..yeala masa tu genset selalu saja rosak...maintenance makin tinggi...sekolah pun dah cantik...dulu aku tinggal di rumah guru yang paling hujung tu...tak tahu ada lagi tak...

Saya teTap akU May 9, 2011 at 8:00 PM  

ak ank kelahiran kg new zealand...da 20 thn umr ak sekrg..dlu kg new zealand sjuk..kalau pagi hembus nafas pon nampak wap.tp sekarang agk pns da cket..

mika hakkinen September 27, 2011 at 12:36 PM  

Kg Haku.. weh Za ko skodeng kg ker??
Walau jauh dimata.. namun tetap dihati ku... Kg New Zealand..
Nok² ada awek anok ustazah.. huhuhu :))

Pak Mat felda September 27, 2013 at 10:06 PM  

jom lihat blog http://newzealandvillage.blogspot.com

Anonymous January 7, 2014 at 9:14 AM  

kalo dulu2 mase aku kecik2 lg.. bila bangun tdor minyak kelapa beku macam mentega

zool June 22, 2015 at 10:18 AM  

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Your Ad Here

Maran Bandar Ayam Kampung

Blog ini bukanlah blog rasmi Daerah Maran atau Bandar maran. Ia hanyalah blog peribadi yang bercerita segalanya tentang Bandar dan orang Maran.

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP