Your Ad Here

Pembetulan - Hutan Lipur Berkelah Dan Hutan Lipur Jerangkang.

Wednesday, February 10, 2010




Masa MT search Google, Yahoo dan beberapa search engine lain, banyak MT jumpa catatan tentang percutian masing-masing ke Air Terjun Berkelah dan Jerangkang. MT bukan nak cerita pasal adventure masing-masing tu tapi pasal Maran dikaitkan dengan 2 hutan lipur ni.


Dalam banyak catatan perjalanan dan percutian yang MT baca, hampir kesemua mengatakan Hutan Lipur Berkelah Dan Jerangkang ini terletak di Maran. Salah tu sebenarnya. Kedua-dua hutan lipur air terjun ni terletak dalam daerah Kuantan dan bukannya Maran. Jika memandu dari arah Maran menuju ke Kuantan, iaitu lebih kurang 40km dari Maran, pengunjung bakal melihat satu papan tanda berwarna hijau berbentuk daun yang menunjuk arah ke air terjun Jerangkang. 2km ke hadapan papan tanda ini pula, terletak simpang yang menuju ke Hutan Lipur Berkelah. Bagi air terjun jerangkang, ianya juga boleh ditujui melalui Paya Rambutan. Iaitu melalui simpang kampung Paya Bungor. Kesemua tempat yang MT sebutkan ini adalah terletak dalam daerah Kuantan.



MT tak salahkan pengunjung dengan kesilapan lokasi ini. Mungkin faktor bandar terdekat adalah Maran pengunjung menyangkakan ianya terletak dalam daerah Maran. Penyebab ini mungkin betul terutamanya pengunjung yang datang dari arah Maran. Contohnya pegunjung dari pantai barat seperti KL, Selangor dsbnya. Kebanyakannya menjadikan Maran transit sebelum ke kedua-dua air terjun ini.



MT sebenarnya menganggap kesilapan ini sebagai promosi dan kredit percuma untuk Maran. Tak pasal-pasal Maran dapat nama. Ayam kampung tak suka tumpang glemer Kuantan Bandar Palma tu. Biarlah ayam kampung dengan hutan lipur Teladas nya yang "cantik" itu. Bukanlah kesalahan besarpun kesilapan lokasi ni cuma MT nak betul kan saja. Tak nak orang keliru. Dua hutan lipur tu dalam daerah Kuantan dan bukannya Maran.

Read more...

Felda Kampung New Zealand

Tuesday, February 9, 2010


Mercu Tanda Felda Kg. New Zealand


Jika anda berhajat untuk melancung ke New Zealand tetapi tidak mampu untuk ke sana, datanglah ke Maran. Walaupun bukan negara orang putih tu yang sebenarnya, sekurang-kurangnya ada persamaan dari segi nama..Felda Kampung New Zealand !

Orang-orang luar Pahang yang pertama kali ke Maran tentu terkejut dengan kewujudan kampung negara Kiwi ni dan mungkin tertanya-tanya kenapa dinamakan New Zealand. Terletak 12 km dari Maran jalan menghala ke Kuantan.MT belum lagi jumpa pengkisahan bertulis asal-usul kampung ini tapi mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. MT tak pasti, ada satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand. Di antara dua versi cerita lisan ini, paling banyak MT dengar adalah versi pertama. Kalau benar versi kedua, tentu ada keturunan Maori di kampung ni. Nanti MT siasat.

Felda ini sama seperti tanah-tanah rancangan lain. Suasana perkampungan "standard" seperti tanah-tanah felda lain juga. Tidak ada sebarang keistimewaan atau keunikan lain kecuali namanya sahaja. MT belum berkesempatan nak snap shot suasana kampung. Nanti dah snap, akan diuploadkan. Buat tatapan orang-orang luar Maran.

Bagi penduduk Kampung New Zealand, mereka tentu bangga untuk mengatakan asal mereka. Begitu juga dengan orang-orang Maran. Mana tidaknya..kalau orang bertanya pernah ke luar negara ? jawapan ya..New Zealand !

Read more...

Gambor Air Terjun Teladas

Sunday, February 7, 2010





MT sempat ke air terjun Teladas beberapa hari lalu. Sempat ambil 3 shot saja. Masuk shot ke 4..bateri kamera MT abis. Nanti MT upload lain kali sudut lain view air terjun ni. Nilailah sendiri, cantik ke tak cantik air terjun ni. Masa MT pergi ni, hari minggu lebih kurang pukul 12.30. Menakjubkan..tidak ada satu makhluk pun bersantai mandi di air terjun ni. Tak caya..tengoklah gambor.

Kenapa dan mengapa tiada orang kat sini MT tak tahu. Kalau nak kata kurang promosi tak juga. Papan tanda berpuluh tepi jalan persekutuan dan LPT..tapi tak de juga yang sudi datang ke sini.

Ayam kampung lagilah tak ada. Heran..heran !

Read more...

Air Terjun Teladas - Apa Kata Pengunjung Luar ?

Monday, February 1, 2010

Maran tak kurang tempat-tempat menarik, antaranya Air Terjun Teladas. MT belum sempat nak upload gambar sekitar air terjun ni. Nanti akan diuploadkan. Sebelum di uploadkan gambar-gambar tu, MT nak tunjukkan apa kata oarang luar yang pernah datang ke air terjun Teladas ni. MT dapat dari blog dia. Seorang berbangsa Cina mungkin tapi tak tahu mana asal dia.

katanya..

For who always drive between KL and Kuantan using federal highway, sure you notice few sigh boards to Teladas Waterfall. The sign board can be seen even in Karak where is hundred km aways.Today curiously follow the sign board to the waterfall. 2km from Maran Town. It is not beautifully as imagine. Don't know why governments spent money to promote such "not so beautiful" place. It is better spent the money to promote Berkelah waterfall which is much more beautiful.

Terjemahannya lebih kurang..

Kepada yang selalu memandu antara KL dan Kuantan menggunakan jalan persekutuan, pasti akan melihat beberapa papan tanda ke Air Terjun Teladas. Papan tanda ini boleh dilihat bahkan dari Karak yang beratus kilometer jauhnya dari situ. Hari ini dengan perasaan ingin tahu mengikut papan tanda ke air terjun itu. 2km dari Bandar Maran. Ianya tidaklah secantik yang dibayangkan. Entah kenapa kerajaan membelanjakan duit untuk mempromosikan tempat yang "tak begitu cantik" ini. Adalah lebih baik membelanjakan duit untuk mempromosikan Air Terjun Berkelah yang mana ianya adalah lebih cantik.

MT rasa ada juga betul kata dia ni. Buat apalah promote tempat yang tak berapa indah ni. Buat malu ayam kampung je. Sign board berdegar-degar..tempatnya entah apa-apa !

Read more...
Your Ad Here

Maran Bandar Ayam Kampung

Blog ini bukanlah blog rasmi Daerah Maran atau Bandar maran. Ia hanyalah blog peribadi yang bercerita segalanya tentang Bandar dan orang Maran.

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP