Your Ad Here

Harga Makanan Di Maran

Monday, January 18, 2010

Dah banyak kali Maran Today dengar keluhan dari org luar maran dan orang Maran sendiri. kata mereka..harga makanan di Maran ni macam nak sembelih kerat 18 je. Maksudnya mahal lah tu. Maran Today sokong. Kalau nak dibandingkan dengan bandar terdekat Kuantan dan Temerloh, harga makanan kat sini memang sedikit mahal. Kadangkala ada kedai atau restoran yang memang kerat leher. Maran Today tak pasti apa sebabnya. Hanya tuan kedai saja yang tahu. Harga bahan mentah yang sememangnya mahal ke atau memang nak cepat kaya.

Maran Today sendiri dah alami. Bersama dengan seorang rakan makan di satu restoran..Tuuuutt. Nasi dengan lauk ikan..dah tak ingat lauk apa lagi tapi memang rasanya simple je. Bukannya jenis lauk yang mahal. Tokeyyy..kira ! bla..blala...mmm 18 hinggit. Terkejut bewok Maran Today. Dengan muka terkejut..marah pun ada, Maran Today bayar dan keluar saja dari restoran tu Maran Today mcm bersumpah.."aku tak akan masuk lagi kedai ni..kecualilah dah tak ada kedai lain kat Maran ni atau aku kebulur. Peristiwa ni berlaku hampir 9 tahun lepas dan sehingga ke hari ini, Maran Today masih lagi belum melanggar sumpah tadi. Dah serik..!

Maran Today kali ni bukan nak promote. Member2 ada bagitahu ada kedai yang makannya murah kat Maran ni. Dia orang kata..kedai Aloha. Dekat barisan kedai MDM di depan Taman Maran Impian. Maran Today tak ada gambar kedai dia. Nanti upload kan kemudian. Betul ke tak cakap member2 tadi Maran Today tak pasti sebab belum lagi berkesempatan ke sana. Nanti nak gi try juga sekali. Pada anda semua..nak tahu betul ke tak murahnya. Pi lah sendiri. Kedai Makan Aloha. Mengikut member juga, ayam kampung menjadi sebahagian dari menu utama kedai ni.Maran Today tak ada kepentingan dan kaitan dengan kedai ni dan bukannya nak promote boleh makan free. Cuma kalau betul murah harga makanannya.. bahan mentah apa tuan kedai dia guna ? Kalau mahal kenapa boleh jual murah ? Pertanyaan ni juga Maran Today tujukan kepada tuan punya kedai2 makanan yang lain yang ada di Maran ni.

Read more...

Panjang Mini Market

Saturday, January 16, 2010


Maran Today tak pasti bagaimana mini market ni bernama "Panjang". Mungkin agaknya diambil sempena dengan bentuk fizikal tuan punya dia yang berbangsa cina yang memang panjang dan tinggi. Bagi orang Maran ini lah "supermarket" mereka untuk sebegitu lama. Sumbangan mini market yang sebenarnya hanya sebuah kedai runcit ini tak dapat dinafikan oleh orang Maran.


Pada pertengahan 2007, Pasaraya Tunas Manja mula beroperasi di Maran. Rangkaian Pasaraya ini mula menyebabkan peranan Panjang Mini Market kehilangan peranannya sebagai kedai utama orang Maran mendapatkan barang keperluan harian. Panjang bagai mula dilupakan. Hari-hari demi hari Maran Today perhatikan pelanggan makin berkurangan ke sini. Paling terkini yang Maran Today tengok, mini market ni dah dikecilkan menjadi 2 pintu saja. Satu petanda yang Maran Today pasti.."bisnes makin kurang Onggg...! "


Apa-apapun..seperti yang Maran Today katakan tadi, sumbangan Panjang Mini Market ini kepada orang Maran memang besar, selain dari beberapa lagi kedai runcit lain yang ada di bandar ayam kampung ni. Kalau dulu, kedai ini lah satu-satunya "nyawa" bandar Maran. Ini jelas dilihat apabila tibanya waktu malam. Di depan kedai ini sajalah Maran kelihatan hidup. Tempat-tempat lain ..bandar mati !. Maran Today percaya..panjang tetap boleh survive kerana prinsip orang cina berniaga tak sama dengan bangsa2 lain. Walaubagaimanapun..selamat berniaga En. Panjang. Semoga kedai Panjang Mini Market kembali panjang dan tak semakin pendek.

Read more...

Komen Pasal Gelaran Ayam Kampung Lagi

Thursday, January 14, 2010

Ni satu lagi komen orang luar Maran pasal nama ayam kampung ni. Maran Today copy and paste untuk semua senang baca tapi kalu nak tengok yang penuh gi lah klik kat bawah ni. Komen dekat blog dia pun Maran Today copy juga. Maran Today...No Komen.. !

http://akuanakpahang.blogspot.com/2009/12/bandar-ayam-kampung.html

Bandar Ayam kampung

Rabu, Disember 02, 2009

Sebelah pagi tadi saya ke Kuantan ada hal berkiatan dgn tugas Jabatan. Kebiasannya kalau saya ke Kuantan saya terus naik Highway, amat jarang sekali lalu ke Bandar Maran ini keknya hari ini rodong kawan tu mengajok ikut jalan lama masuk Bandar Jengka keluar ke Maran dan terus ke Kuantan. Bila aje sampai ke Bandar Maran kawan ternampok Batu mercu tanda - MARAN BANDAR AYAM KAMPUNG. Rodong kawan tu berkata "Bandor Ayam Kampung??" banyak ngat ker ayam kampung kat Maran nei.......kawan cakap entoh... mana kawan tahu...tapi ayat ayam kampung itu banyak ngat maknenya kata di member kawan tu, lalu kawan terpikir juge...sebalik makne yang tersirat Bandar ayam kampung tu.....mekala budak bandor biasa laa bercakap alah...ayam kampung. Jika di terjemahkan dalam bahasa org sesari ini lebih kurang maksudnya menjurus pada seseorang budak yang selekeh, tinggal di kampung yang tidak sehebat mereka tinggal dibandar konunnya.
**Keknya bagi kawan macam ada yang tak kena aje bila disebut Bandar Ayam Kampung nei.
Sekali pandang macam Bandor ayam kampung jantan aje cer tengok gambo tu.
Wa'allahhualam - Pengarang Akuanakpahang
Pengarang : YASSIN SULAIMAN Tarikh : 12/02/2009 07:00:00 AM

5 Comments:
Pengembara silam, said...

Nasib baik nye tulih bando ayam kampung.. Buatnye terjaruh tulih bando bapok ayam atau bando ibu ayam..Tak ke maru..
Selasa, Disember 01, 2009 9:13:00 PM

Redz da Tsar said...
Hehe... Ape ke hal bandar Ayam Kampung? Agaknye nak tiru Temerloh dengan Bandar Ikan Patinnye.>> Jerantut bandar ape?
Selasa, Disember 01, 2009 9:24:00 PM

LIPISLADY said...
Assalamualaikum, hiss tak bekenan lalu keh nama bando ayam kaampong tuh, tak kan pulok ada ayam kampong kat bando...kala kampong ayam kampong tahan juga, ayam pun bando ayam bando...hehehe...
Selasa, Disember 01, 2009 10:02:00 PM

mazru said...
hmmm..bdr ayam kampong yak..cari lah nama lain yek..bandar ikan puyu ke...hehehe
Rabu, Disember 02, 2009 12:53:00 AM

YASSIN said...
Cikgu k.Lanar - mmg maru mekala nulis bak ayam nei..anak, ibu, bapok ayam sema x kena hehehe.Redzda - Jerantut katanya nak letok Bandar ikan kelah.Lipislady - ayam kampung keras sikit ayam bando lembik heheheMazru - betul tu ce carik nama baik sikit hehehe.
Rabu, Disember 02, 2009 8:13:00 AM
Post a Comment


Catatan Terbaru Catatan Lama Home
Terima kasih di atas sokongan dan kehadiran anda ke Blog akuanakpahang. Rekacipta Blog dan Susun Atur sepenuhnya daripada Pengarang Akuanakpahang "Hak Cipta Terperlihara @ JUN 2009"

Read more...

Versi Lain Asal Usul Nama Maran

Tuesday, January 12, 2010

Ada satu lagi versi atau cerita yang mengkisahkan asal usul nama Maran. Kesahihannya Maran Today tak tahu tetapi rasanya lebih kepada cerita dari mulut ke mulut orang-orang tua dulu. Versi ni Maran today jumpa dan ambil dari laman web Perpustakaan Maran.

Di Sebalik Nama Maran

Asal usul nama Maran tercetus daripada perkataan “Baran”dan Mengaran”. Terdahulu, di tepi Sungai Luit yang tidak jauh dari Bandar Maran wujud beberapa buah kampung sekitar tahun Masehi 1250. Antaranya Kampung Mergeh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Gorak dan Kampung Merbau. Ia merupakan antara perkampungan terawal di sekitar kawasan Bandar Maran.
Penduduk di kampung tersebut selalu berulang alik ke kawasan Paya Baran berhampiran Sungai Luit untuk menangkap ikan. “Baran” di sini bermaksud hutan di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis ikan seperti keli dan haruan. Kawasan tersebut kemudiannya menjadi pilihan penduduk setempat untuk bermalam dan ada juga yang terus berpindah ke kawasan tersebut.
Perkampungan baru ini masih belum mempunyai nama sendiri dan menurut orang kampung keadaan sedemikian dinamakan “mengaran”. Penduduk di kawasan tersebut kemudiannya sepakat menamakan penempatan baru itu sebagai Maran yang dipadankan perkataan “mengaran” dan “baran”. Maran daripada sebuah hutan yang diteroka kemudiannya berubah menjadi sebuah bandar yang membangun pada hari ini.

Credit untuk Perpustakaan Maran

Read more...

Apakata Orang Luar Maran Dengan Gelaran Maran Bandar Ayam Kampung.

Sunday, January 10, 2010

Nak tahu apa pendapat dan pandangan gelaran "ayam kampung" kepada pekan Maran ? Klik lah link-link kat bawah. Ni yang Maran Today jumpa setakat ni. kalu ada lagi, kawan tambah lagi. Wahai orang Maran..atau sapa-sapa yang ada sangkut paut dengan gelaran ni..apa pendapat deme pulok ?

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-420205.html

http://mforum3.cari.com.my/redirect.php?tid=420205&goto=lastpost

http://zydean.blogspot.com/2009/03/bandar-ayam-kampung.html

http://orangpahang.blogspot.com/2009/05/di-mana-nak-makan.html

http://arelipes.blogspot.com/2009/09/trip-raye-bujang-terbaik.html

http://perutkempis.blogspot.com/2009/01/aku-tak-terrer-langsung-shoot-wedding.html

http://akuanakpahang.blogspot.com/2009_12_01_archive.html

Read more...

Bilangan LKTP Felda Jengka Dan Orang Maran

Wednesday, January 6, 2010

Pernah tak kejadian ni berlaku kepada kita orang Maran ? Kejadian antara orang luar Maran dan kita..

Orang Luar : "asal mana?"
Kita orang Maran : " Maran "
Orang Luar : "Dekat ek dengan Jengka ? "
Kita orang Maran "Dekat je.."
Orang Luar : "Kat mana Jengka tu? "
Kita orang Maran : "Jengka tu dalam daerah Maran, bih kurang 40km lebih dari Maran, jalan
hala nak gi Jerantut"
Orang Luar : Ooooo...! yang saya tahu banyak Felda Jengka tu..ada berapa ye ? "
Kita orang Maran : " Banyakkkk..Jengka 1, 2 , 3, 4, dan banyak lagi lah, tak ingat plak saya
berapa semuanya..hehe !

Isk..iskkk...buat malu Ayam Kampung je !. Asal Maran dan kata orang Maran tapi bila ditanya ada berapa LKNP Felda..mulalah main agak je. Kepada yang tak tahu, cubalah tengok senarai kat bawah ni. Lain kali orang bertanya tak lah merapu merabam.

FELDA Anggerik Jengka 1
FELDA Cempaka Jengka 2
FELDA Dahlia Jengka 3
FELDA Kemboja Jengka 4
FELDA Kekwa Jengka 5
FELDA Keembong Jengka 6
FELDA Kenanga Jengka 7
FELDA Kesidang Jengka 8
FELDA Kesumba Jengka 9
FELDA Mawar Jengka 10
FELDA Melati Jengka 11
FELDA Melor Jengka 12
FELDA Puteri Malu Jengka 13
FELDA Raya Jengka 14
FELDA Semarak Jengka 15
ELDA Sena Jengka 16
FELDA Seri Pagi Jengka 17
FELDA Seroja Jengka 18
FELDA Siantan Jengka 19
FELDA Tanjung Jengka 20
FELDA Teratai Jengka 21
FELDA Terkis Jengka 22
FELDA Tonkin Jengka 23
FELDA Jengka 24
FELDA Jengka 25
FELDA Jengka 25
FELDA Ulu Jempol
FELDA Kampung Awah
FELDA Sungai Tekam Utara
FELDA Sungai Tekam Getah

Hah..ada berapa ? Lu kiralah sendiri..! kata along.

Read more...

Gambar Sekitar Bandar Ayam Kampung

Tuesday, January 5, 2010

Terminal Bas Dan Teksi Baru Maran

Bangunan baru Jalan Masjid



Suasana Pekan Sari Hari Minggu

Pemandangan Jalan Besar dari arah Temerloh



Pemandangan Jalan Masjid Lama

Pemandangan Jalan Besar dari arah Kuantan
Pasaraya Ten-Ten



Shopping kompleks orang Maran..Tunas Manja
Ni je Maran Today sempat snap gambor. Nanti kalu ada lagi, kawan upload lain kali. Ada lah lagi 3..4 tempat lagi yang jadi landmark bandar ayam kampung ni.







Read more...

Artis Pun kenal Maran weh !

Sunday, January 3, 2010


Que Haidar pun kenal Maran wehhh..ni dia dok tangkap ibu ayam. Kira macam sambutan tradisi Maran gitu untuk orang luar. Disambut dengan acara kepung dan tangkap.



Read more...

Di Mana Maran Bandar Ayam Kampung tu ?

Saturday, January 2, 2010


Tengok peta Pahang. Dalam kotak..tu lah Maran. Klik peta kalau nak besarkan.

Read more...

Maran Bandar Ayam Kampung

Friday, January 1, 2010


Maran sebuah pekan kecil yang terletak antara Kuantan dan Temerloh. 85 km dari Kuantan dan 52 km dari Temerloh. Dihubungi jalan persekutuan Bentong - Temerloh - Kuantan dan Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ). Pekan kecil yang terletak dalam daerah Maran, dikelilingi ladang-ladang kelapa sawit, bukit bukau dan hutan yang masih terpelihara.

Menurut sumber yang diperolehi, nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.
Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).
Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat' serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.
Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.

Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).

Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di Malaysia dan negara-negara dunia ketiga lain. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara China ini yang membawa baka ayam yang dinamakan Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu pula mereka membawa baka dari negara Eropah maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak, ayam bulu balik, ayam selasih, ayam janggut, ayam laga atau ayam sabung, ayam togel, ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

Walaubagaimanapun, tidaklah pula diketahui dari mana dan siapa yang memberikan gelaran Bandar Ayam Kampung kepada pekan Maran ini, tapi kawan rasa kalau deme semua nak tahu, pergilah tanyalah pihak berkuasa tempatan. Tak kisahlah..yang pasti Maran dan orang maran tentu bangga beridentitikan " AYAM KAMPUNG " ni. Tak gitu ?

Read more...
Your Ad Here

Maran Bandar Ayam Kampung

Blog ini bukanlah blog rasmi Daerah Maran atau Bandar maran. Ia hanyalah blog peribadi yang bercerita segalanya tentang Bandar dan orang Maran.

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP