Your Ad Here

Harga Makanan Di Maran

Monday, January 18, 2010

Dah banyak kali Maran Today dengar keluhan dari org luar maran dan orang Maran sendiri. kata mereka..harga makanan di Maran ni macam nak sembelih kerat 18 je. Maksudnya mahal lah tu. Maran Today sokong. Kalau nak dibandingkan dengan bandar terdekat Kuantan dan Temerloh, harga makanan kat sini memang sedikit mahal. Kadangkala ada kedai atau restoran yang memang kerat leher. Maran Today tak pasti apa sebabnya. Hanya tuan kedai saja yang tahu. Harga bahan mentah yang sememangnya mahal ke atau memang nak cepat kaya.

Maran Today sendiri dah alami. Bersama dengan seorang rakan makan di satu restoran..Tuuuutt. Nasi dengan lauk ikan..dah tak ingat lauk apa lagi tapi memang rasanya simple je. Bukannya jenis lauk yang mahal. Tokeyyy..kira ! bla..blala...mmm 18 hinggit. Terkejut bewok Maran Today. Dengan muka terkejut..marah pun ada, Maran Today bayar dan keluar saja dari restoran tu Maran Today mcm bersumpah.."aku tak akan masuk lagi kedai ni..kecualilah dah tak ada kedai lain kat Maran ni atau aku kebulur. Peristiwa ni berlaku hampir 9 tahun lepas dan sehingga ke hari ini, Maran Today masih lagi belum melanggar sumpah tadi. Dah serik..!

Maran Today kali ni bukan nak promote. Member2 ada bagitahu ada kedai yang makannya murah kat Maran ni. Dia orang kata..kedai Aloha. Dekat barisan kedai MDM di depan Taman Maran Impian. Maran Today tak ada gambar kedai dia. Nanti upload kan kemudian. Betul ke tak cakap member2 tadi Maran Today tak pasti sebab belum lagi berkesempatan ke sana. Nanti nak gi try juga sekali. Pada anda semua..nak tahu betul ke tak murahnya. Pi lah sendiri. Kedai Makan Aloha. Mengikut member juga, ayam kampung menjadi sebahagian dari menu utama kedai ni.Maran Today tak ada kepentingan dan kaitan dengan kedai ni dan bukannya nak promote boleh makan free. Cuma kalau betul murah harga makanannya.. bahan mentah apa tuan kedai dia guna ? Kalau mahal kenapa boleh jual murah ? Pertanyaan ni juga Maran Today tujukan kepada tuan punya kedai2 makanan yang lain yang ada di Maran ni.

6 comments:

Mazru Majid February 11, 2010 at 3:53 AM  

salam rodong..

ander pulok rodong koi cakap makan di Maran ni memang muroh..mmg betui sbb mase kome singgoh makan baru-baru nih regenye berpatutan sekali..mungkin nak terkena dgn kedei yg muroh disitu agoknye..wallhualam!

kelompen February 12, 2010 at 12:10 AM  

salam weh
koi kala keje hale ke maran te memag nyingoh kdai aloha, memg murah, sedak, lauk pauk kaw2, layanan mesra.kenan ngat koi.

Anonymous March 16, 2010 at 1:07 AM  

Hello,nice post thanks for sharing?. I just joined and I am going to catch up by reading for a while. I hope I can join in soon.

Anonymous June 22, 2010 at 1:34 PM  

halo..
kwn aku suh aku google nama kedai mkn ni ALOHA..aku jmpa la blog ni..
kwn aku ni anak tuan punya kdai ni rupanya..hehe..

Topo August 13, 2010 at 10:08 PM  

Asalamualaikum..memang saya tidak napikan koi ni orang pahang gak..dan penah tingal kat maran dan sering ulang alik kuantan - kl..ada satu ari singgah restoran barisan BSN yang dekat kedai motosikal tu..puhhh..terkejut saya bila bayar.. makan nasi separuh sayur kubis..ikan sembilang dan minum air suam..itu aje..RM6.80..kaya..kaya..orang maran ni..

Anonymous May 9, 2013 at 9:22 AM  

saye setuju makanan di maran ni memang mahal padahal bayaran sewa kedai bukannyer mahal. kadang2 tak padan,,mcm gerai yang kat simpang lubuk paku tu,, kedai sebi org kate..dah lah gerai jer..tp harga tak berbaloi ler...mahal!!!!

Your Ad Here

Maran Bandar Ayam Kampung

Blog ini bukanlah blog rasmi Daerah Maran atau Bandar maran. Ia hanyalah blog peribadi yang bercerita segalanya tentang Bandar dan orang Maran.

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP