Your Ad Here

Lagi anggota penyelamat operasi Lubuk Yu meninggal dunia

Tuesday, July 27, 2010

Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran pada 26 hingga 30 Jun lalu, menjadi mangsa terbaru maut akibat jangkitan Melioidosis dan Leptospirosis. Mangsa Mohd Noor Abidin Ismail, 50, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 3.11 pagi tadi.
Allahyarham adalah mangsa ketujuh meninggal dunia akibat jangkitan itu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mat Kilau pada jam 11.30 pagi.
Isterinya, Noorzakiah Mohd Jusof, 40, berkata, Allahyarham dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa semalam selepas keadaannya didapati stabil dan beransur pulih.
Beliau yang sebak ketika ditemui pemberita berkata semasa operasi di Lubuk Yu, suaminya tidak terbabit menyelam ke dasar sungai, sebaliknya hanya ditugaskan menjaga peralatan dan logistik bomba.
"Dia mula demam apabila selesai menjalani operasi berkenaan dan ditempatkan di ICU kerana bakteria itu memberi kesan kepada tubuhnya, tambahan pula suami saya turut mengidap kencing manis," katanya kepada Bernama.
Noorzakiah yang pasrah dengan apa yang berlaku, juga berkata, dia dan suaminya baru membeli sebuah rumah dan belum sempat berpindah selepas kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan.

Berita Metro ( 27 Julai 2010 )

MT tumpang simpati dengan berita terbaru ini. Apa yg MT dengar dari berita TV3 ini mangsa ke enam tapi akhbar pula melaporkan mangsa yang ketujuh. MT tak tahu yang mana satu betul. Tapi rasanya dari cerita teman-teman, Allahyarham adalah mangsa ketujuh. Pelbagai cerita MT dengar..dari versi mistik hingga ke versi sains perubatan. Tak kiralah apa jua cerita..MT tumpang sedih dengan apa yang berlaku. Pada semua keluarga mangsa dan yang terbaru kepada keluarga Allahyarham Mohd. Noor Abidin Ismail..bersabarlah dengan dugaan ini dan kepada semua orang Maran, sama-samalah kita hadiah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Al-Fatihah.

Read more...

Lubuk Yu, Ulu Jempul, Maran.

Monday, July 26, 2010


Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan.
tapi sebelum nak pergi tu..baca dulu petikan akbar ni ( News Strait Time, sunday 25july )
Lubuk Yu rescuer seeks help of bomoh

MARAN, MALAYSIA - The health authorities may have confirmed that 19 people involved in the rescue operation in Lubuk Yu here last month were infected with meliodosis and leptospirosis, but this has not stopped some in the search party from seeking treatment from traditional healers.
Shahrin Shukor, 31, came down with fever on July 10 after diving into the water to search for the victim. He was subsequently warded at the Sultan Haji Ahmad Shah Hospital in Temerloh from June 12 to 14.
The odd-job worker from Bandar Jengka, after finding out that six members of the search party had died, sought alternative treatment as soon as he was discharged from hospital.


Read more...

Lubuk Yu Ada hantu..ya ke ?

Friday, July 23, 2010


Ada hantu ke ? MT tak tahu.

Read more...
Your Ad Here

Maran Bandar Ayam Kampung

Blog ini bukanlah blog rasmi Daerah Maran atau Bandar maran. Ia hanyalah blog peribadi yang bercerita segalanya tentang Bandar dan orang Maran.

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP